Wednesday 18 May 2011

Sangat PENTING!!!!!!!!


Apa Koobface itu (Virus Semut) ?

Koobface juga disebut sebagai Facebook worm, Myspace worm atau Facebook virus adalah sejenis worm yang menyebar melalui pesanan-pesanan di social networking seperti Facebook dan MySpace. Worm ini mampu menyusup ke PC kita dan kemudian mereplikasi dan menjangkiti semua f...ile yang ada dalam harddisk. Beza antara worm dan virus, jika virus biasanya akan menempel di file-file yang ada dalam computer kita, sedangkan worm akan menghapus file yang ada dan membuat file tiruan yang sudah terinfeksi. Hebatnya lagi worm ini mampu mengirim email automatik dari PC yang sudah terinfeksi ke PC lainnya untuk menyebar.

Tuesday 3 May 2011

oopppssss!!

Asal Usul Hari Ibu..

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Monday 25 April 2011

Cara Melajukan Tonton Video Online..Hehe..

Tutorial Lajukan Buffering Menonton Video Online

Salam semua. Hari ini aku nak share tips atau lebih kepada tutorial nak melajukan buffering ketika menonton video secara online di youtube atau dimana-mana janji secara online. Tutorial ini aku dapat dari blog bro Wazy84.Com iaitu salah satu blog kegemaran aku la. Dalam blog tu banyak benda-benda berguna untuk kita semua. Tutorial ini telah aku buat di laptop aku dan ternyata ada perbezaan ketika menonton video di Youtube. So kita teruskan tutorial kita ni..

Friday 22 April 2011

Alangkah bahagianya insan yang bergelar..ISTERI!

Entri kali ni mungkin boleh membuatkan seorang isteri menitiskan air mata sekiranya suaminya berbuat demikian. Huhuhu..

Ya Aisyah Humairah..

Mesti tertanya2 kan kenapa entri saya kali ni tajuk mcm tu?? Tu sebenarnya nama anak saya. Hehehe. Tapi ada sebab kenapa saya minat sangat dgn nama tu. Kebanyakan org Islam mesti penah dgr nama Aisyah kan? Aisyah ialah isteri Nabi Muhammad SAW.

Thursday 21 April 2011

Sepandai2 tupai melompat...sambung sendiri!

Nyata Datuk T Pendusta: Rakaman Video Seks Di Kondominium Bukan Di Hotel

Polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang berada dalam rakaman video seks dikaitkan dengan seorang pemimpin politik pembangkang dan juga lokasi video itu dirakam.

Tuesday 19 April 2011

Haha..tak heran langsung!!

Pelajar Malaysia Didapati Bersalah Muat Naik Gambar Bogel Rakan Sekolah..

Pelajar Malaysia berusia 17 tahun didapati bersalah memuatnaikkan foto bogel rakan sekolahnya di internet. Wow! Harum nama negara.

Budak SEKOLAH lagi....

Remaja Mengadu Sakit Perut Rupa-rupanya Mengandung..

KUANTAN: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah dekat Kuala Lipis di sini, yang membuat pemeriksaan di hospital selepas mengadu mengalami sakit perut terkejut apabila dia disahkan mengandung, kelmarin.

Siapa yang harus dipersalahkan??

REMAJA Dicekup Ketika melakukan persediaan untuk mengadakan hubungan seks dengan...janda anak tiga!!

Dungun – Detik hitam mewarnai awal kehidupan seorang remaja lelaki apabila dia ditangkap anggota penguat kuasa ketika sedang melakukan persediaan untuk mengadakan hubungan seks dengan kekasihnya, yang juga janda anak tiga.

Sunday 17 April 2011

Apabila...

APABILA MENGHADAPI UJIAN ALLAH..

UJIAN adalah GURU YANG TIDAK BERCAKAP, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian adalah takdir Allah baik terkecil apalagi terbesar , yang mempunyai maksud tertentu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula elatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.

Wednesday 13 April 2011

Pulak daaahhhhh..MASHITAH OH MASHITAH !

Sorry la, sepatutnye entry ni dah lama saya post, tapi disebabkan kerja and terlalu busy, sampai lupa nk update blog. Entry kali ni tentang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berpendapat tarian poco-poco hanyalah sejenis tarian berbentuk senaman serta tidak perlu diharamkan di seluruh negara.

Tuesday 29 March 2011

APRIL FOOL : full of FOOLISH !

Sejarah APRIL FOOLish :

Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Friday 25 March 2011

Malaysia akan dilanda BALA lebih teruk daripada JEPUN !

Sejak 13 tahun ini Negara Islam a.k.a Malaysia ditimpa satu jenis bentuk BALA yang lebih dasyat dari Tsunami iaitu BALA FITNAH. BALA FITNAH ini terus menimpa rakyat Malaysia khususnya UMAT ISLAM. Bala atau gejala buruk ini membuatkan umat Islam Melayu DIPANDANG RENDAH OLEH KAUM LAIN kerana orang Melayu suka menabur fitnah dan mengaibkan orang. Bala Fitnah ini semakin hebat melanda untuk masa sekarang ini dan seterusnya.

Wednesday 23 March 2011

Cerita Berahi-Haram Budak Sekolah : Berzina di Rumah !

Pendedahan tentang SEKS di awal usia???? Rasa2 la kan, patut ke??? Tak rasa ke kalau diajar pada peringkat awal, SIFAT INGIN TAHU tu makin membuak2 and seterusnya MENCUBA?? Kalau tak aja pasal SEKS kat sekola, rugi sgt ke?? Dalam mata pelajaran Pendidikan Islam pon dh ada ajar pasal hukum2 semua. Nk lebih mendalam lagi watpe??
Nk tau kesannya??? Baca ni..

HUKUM Bersanding dan Merenjis.

Hukum Bersanding

Jika majlis persandingan tersebut dibuat secara tertutup (di hadapan keluarga terdekat/mahram), ia diharuskan.
Ini kerana ada di antara adat yang masih boleh dipulihkan mengikut acuan Islam atau memenuhi tuntutan syarak.

Hukum Menabur Fitnah (jeng..jeng..jeng..)

Ghibah dan Buhtan

• Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?" Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!" Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?" jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)."
(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).

Tuesday 15 March 2011

Hukum Jenayah Islam (Hukum Hudud)

Pengertian Jenayah

-Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.WT. atau meninggalkan
sesuatu perkara yang disuruh olehNya.

Falsafah Jenayah

-Peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.WT. untuk dilaksanakan dalam sesebuah negara bagi menjamin keadilan dan keselamatan ummah.


HUKUM-HUKUM JENAYAH ISLAM

Tidur yg sunat dikejutkan.

Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

Monday 14 March 2011

Tanda-tanda Kematian.

Firman Allah SWT; Bermaksud :
“Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan”
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)

5 Tips Menjauhi Penceraian.

“Kepada orang-orang yang meng-ilaa’ istrinya diberi tangguh empat bulan (lamanya). Kemudian jika mereka kembali (kepada isterinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan jika mereka ber’azam (bertetap hati untuk) talak, maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah: 226-227)

10 Solat yg tidak diterima ALLAH.

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.”
(Tabyinul Mahaarim)

Ayam Masak Sos Kehitam-hitaman (hehehehe)

Salam. Resepi kali ni resepi sy sendiri. Sy nk kongsikan ngn kwn2 sume. Tak tau la sedap ke x, tp bg sy cm sedap je (sendiri wt, sendiri mkn) hehehehe. Pape pon cuba la dulu. Bg yg dh berumahtangga, cuba msak bg hubby mkn. Gerenti hubby suka. Hehehe. Senang je, bahan pon tak susah nk cari.

Hmmm.. Nyum2 !

Salam. Arini kite msuk bab resepi plak la. Asyik bab motivasi je , boring la geng. Hehehe. Nme resepi arini ialah CHOCOLATE MOUSSE! Nyum2!! So ni resepinye k. Senang je, tak perlu dibakar.

Saturday 12 March 2011

Mengadu Domba (Melaga-lagakan)

Haaaaa. Topik arini best cket. De bnyk spesis2 cmni. Pantg tgk org baik cket, mula bwk mulut. De yg wat sesama kawan la, sesama jiran la. Yang paling terkejut 'tolong' laga-lagakan ADIK BERADIK. Woowww!! Terkejut?? Jgn terkejuuuttt. Mmg de spesis mcm ni. Die tak tau pintu neraka tgh tggu die. Awal2 dh 'check in' neraka. Hmmmm. Mengadukan ucapan seseorang kepada orang lain dengan tujuan melaga-lagakan adalah salah satu faktor yang menyebabkan terputusnya ikatan, serta menyalanye api kebencian dan permusuhan antara sesama manusia. Tu la yg dimaksudkan dgn MENGADU DOMBA.

Friday 11 March 2011

Gadis cuci kat DAMANSARA????

Sbb nk kan keuntungan, sggup amek pekerja yg boleh dedah body sana sini. Taktik perniagaan jenis pe ni?? MasyaAllah. Tp pekerja yg dorg amek tu sume PEREMPUAN plak tu. Adduuuhhh. Yg pmpuan tu pon satu, nak cari keje pon jgn la cari keje cmtu. Pastu duit yg dpt tu bg kat mak. Hhmmm. Cmne la prasaan sorg ank yg sggup bg mak die mkn duit drpd keje HARAM cmtu. Nk kata pe? Nk kata 'sy keje ni niat ikhlas nk tlg mak kt kampung'. Ikhlas atau x, haram tetp haram. Nauzubillahiminzalik. Nak tgk gmbr2 kat kedai 'car wash' tuuu???

8 Hadis Rasulullah Mengenai Sedekah =)

Org zaman sekarang ni kalau ckp psal sedekah je, dlm kepala tu msti terbayang sedekah kt peminta sedekah yg dok kt tepi2 jalan tu. Tu mmg la bersedekah, tp sedekah ni luas la mksudnya. So kat cni sy sertakan 8 Hadis Rasulullah mengenai BERSEDEKAH. Mudah-mudahan dengan menghayatinya memberikan galakan kepada kita semua untuk rajin bersedekah.

Hukum Mentaati Suami..jeng..jeng..jeng..

Tajuk sy pada arini ni cepumas cket. Sbb bg mane2 wanita yg dh bergelar ISTERI, mereka akan terpikir2, pnah tak mereka lakukan sebegini pd suami mereka. Termasuk sy. Hehehe. Dan kebanyakan wanita kat luar sana masih tak paham pe yg dimaksudkan ngn NUSYUZ. Nusyuz ni dlm erti kata yg mudah untuk difahami ialah TIDAK TAAT PADA SUAMI ataupun DERHAKA. Apabila seseorg isteri tu dh nusyuz pada suami die, sume haknya sebagai isteri akan gugur. Isteri WAJIB melakukan segala perintah suami selagi tidak melanggar hukum syarak !

OH ! Wanita..

Seperti mana yg kita tau, wanita sememangnya hamba Allah yg lemah lembut dan mudah terasa hati. Walaupun luaran nmpk kasar, tp ada kelembutan disebaliknya. Sbb tu org pmpuan boleh jd ibu, kerana kelembutan dan kesabarannya la. Tapi zaman skrg ni dh ramai IBU yg tak berhati perut. Disebabkan ikut nafsu, sanggup buang anak.

Thursday 10 March 2011

3 Pelajar Samseng,Ugut bunuh cikgu.

Ugut bunuh cikgu ek?? Hmmm. Yeke ni? Sy dlu pon pnah bersekolah, tp kes2 cmni takkan timbul dgn sendirinya melainkan cikgu tu pnah cari pasal ngn murid2. Ingt pelajar sume takde otak?? Takkan la tetibe nk ugut ckgu tuuuu. Kalau cmtu la kesnya, msti de tak kena ngn mental pelajar tu. Cikgu disiplin plak kaannn. Nk guna kuasa Veto la tuuu. Bila pelajar tu bg reason nape die taknak guna buku tu dah, cikgu tu bising2. mungkin pelajar tu ade sebab2. Pelajar tu asalnye nk pulangkan buku jeee. Tp tak diterima plak. Sape tak hangin. Bila kena btg idong die, sibuk g report polis. Tp kalau time die, suka2 cari salah pelajar, lagi tak jumpa, lagi tu nk wt spot check. Takde pon smpai report polis.

Main Buih di KUALA LUMPUR??


Kuala Lumpur memang dikenali sebagai ibu kota Malaysia. Iaitu sebuah negara yg agama rasminya ialah agama ISLAM. Tp masih ade segelintir manusia yg wat sesuatu perkara yg boleh mencalarkan imej negara kite. Malu la pd diri tu. Kebanyakannye ank org MELAYU laaa. Hmmm. Tak caye?? Tgk niii..


20 Cara Memurahkan Rezeki !

Haaa.. Kat cni sy nk bg tips2 untk murahkan rezeki. InsyaAllah, kalau amalkan, melimpah2 la rezeki kite. Tips ni pon bkn tips yg direka2 atau tips drpd org tua2 ke pe. Bnde ni sbenarnye ibadah yg kite wt dlm kehidupan seharian (kalau yg wat la..), cume ade separuh tu tak tau ape kebaikan ibadah tu. Yg die tau, SOLAT=WAJIB, tp tak tau isi kandungan solat tu n solat pon ala kadar je. So kat cni ade 20 tips untk memurahkan rezeki. So, renung2kan.. Dan selamat beramal.. 

Wednesday 9 March 2011

Hukum mengesat air sembahyang(wudhu') !

Ade kemusykilan sikit la. Nape air sembahyang tu dikesat?? Boleh kalau nk kesat, tp sekadar UNTUK KURANGKAN air yg ade tu ckup la. bukannye kesat smpai kering. Hhaaaiiii. Manusia2..
Cuba baca soalan n jawapan kat bawah ni.


S : Apakah hukum mengesat air sembahyang???

J : Hukum mengesat air sembahyang yang berada di anggota wuduk terbahagi kepada dua. Jika ia mengesat dengan menggunakan tuala atau kain sehingga kering, hukumnya makruh. Kedua, jika ia mengesat dengan menggunakan tangan untuk mengurangkan air pada anggota wuduk hukumnya ialah harus. 

Kesilapan seseorang prempuan apabila BERTUDUNG!

Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)



*Hukum beronani dan kesannya*

Onani ialah suatu perbuatan mengeluarkan sperma dengan tangan sendiri dengan tujuan mencapai kepuasan seks secara bersendirian, tanpa pasangan. Onani adalah suatu perbuatan yang dipandang sebagai dosa besar di sisi Islam, demikian menurut majoriti para fuqaha. Imam as-Shafie dan Imam Malik, apabila ditanya mengenai hukum onani, mereka mengharamkan perbuatan sedemikian berdasarkan firman Allah Azza waJalla dalam al-Qur'an: Dan mereka yang menjaga kehormatannya (dalam hubungan seksual) kecuali kepada isteri atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Maka barangsiapa yang mengingini selain yang demikian, maka mereka adalah orang-orang yang melampaui batas.[Maksud surah al-Mu'minun 23 - 5,6,7][1]. Dalam Islam dah dijelaskan tentang hukum beronani, dan tentu ade kemudaratannye bile kte wat jugak. Kat sini sy sertakan beberape gambar yg boleh dijadikan iktibar. Mungkin akn rasa geli, tp ni untk pengajaran. Nk tgk ??

What ??? Iiiiiyyyyeeeewww!! Gelinye!

Kebiasaannya kite org pmpuan kalau nk beli 'modes', tak pnah amek tau kan psl jenama2 sume. Xtau 'modes' tu pe?? Loorrrhhh. Modes tu mksdnye yg kite pkai ble bulan mengambang tu la. Xtau jgak?? Kes parah ni! PAD la, ataupon TUALA WANITA!! Aiiyyooo. Dh bpe lme jd pmpuan ni (hehe,gurau je. xkan la de org seteruk ni). Haa, kite sambung blik. pnah x kite prihatin psl kebersihan tuala wanita n jenama die. Asalkan murah, angkut je. Nk tgk kesan drpd sikap tak prihatin kite ???

Pengkid Pembunuh Kucing ??? Hhhuuusssshhh !

Serius, sedih gila melihat anak kucing ini dipukul, dipijak, dan dibunuh dengan kejam oleh seorang pengkid. Tragedi tragis ini dikatakan berlaku di Malaysia, dan kamera litar tertutup (cctv) sempat merakamkan kejadian tragis tersebut, walau bagaimanapun difahamkan sudah ada pihak yg telah pun membuat laporan atas kekejaman pengkid ini. Tp setelah dipikir2, ape salah kucing tu pd die? Kucing tu xde kacau pon idop si pengkid ni. Tak tau la pe msalah die. Mgkin budk tu de msalah mental la kot. Tp jgn la smpai nk aniaya binatang. Cuba kalau kite kt tempt binatang tu. Nauzubillah. Kat cni sy sertakan beberape gmbr pengkid tu. CUTE !! Hahaha.