Tuesday, 15 March 2011
Hukum Jenayah Islam (Hukum Hudud)
Pengertian Jenayah
-Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.WT. atau meninggalkan
sesuatu perkara yang disuruh olehNya.
Falsafah Jenayah
-Peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.WT. untuk dilaksanakan dalam sesebuah negara bagi menjamin keadilan dan keselamatan ummah.
Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada :
(a) Hukum Hudud
(b) Hukum Qisas
(c) Hukum Ta’zir
A. HUKUM HUDUD
1. Pengertian Hudud :
(a) Dan segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegàh.
(b) Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah
ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai
pihak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang
atau ditambah.
Maksudnya :
“Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”
2. Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya :
(a) Zina :
Erti :Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman : i) Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali.
ii) Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.
Firman ALLAH S.W.T :
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk".
( al-Quran, al-Isra : 32 )
Hukuman Zina, Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud :
"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah disebat tiap-tiap seorang dari mereka seratus kali sebatan".
( al-Quran, an-Nur : 2 )
(b) Qazaf (menuduh zina) :
Erti : Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
Hukuman : sebat 80 kali
Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud :
"Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik melakukan zina, dan mereka tidak membawa empat orang saksi, maka deralah mereka ( yang menuduh itu )lapan puluh sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya, dan mereka adalah orang-orang yang fasiq".
(surah an-Nur, ayat 4)
(c) Minum arak :
Erti : Meminum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman : sebat 40 kali
Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud :
"Hai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya meminum khamar ( arak ), berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan Syaitan. Kerana itu jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan ( kejayaan )".
( al-Quran, al-Maidah : 90 )
Hukuman hudud meminum arak ialah disebat, tetapi jumlahnya terdapat dua riwayat : Dalam satu hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah telah memukul(sebat)seorang lelaki yang meminum arak dengan dua pelepah tamar sebanyak empat puluh kali dan begitu juga dilakukan oleh Abu Bakar, tetapi pada masa Saidina Umar, beliau berbincang dengan sahabat-sahabat dan berkata seorang sahabat, Abdul Rahman seringan-ringan hudud ialah lapan puluh kali sebatan ( Muslim, Sahih : hlm. 214 ) dan Umar menurutnya.
(d) Mencuri :
Erti : Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
Hukuman : potong tangan
Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud :
"Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya ( sebagai ) pembalasan bagi apa yang telah mereka lakukan dan sebagai seksaan dari Allah".
( al-Quran, al-Maidah : 38 )
(e) Merompak :
Erti : Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan
ancaman.
Hukuman : i) Sekiranya membunuh hendaklah dibunuh.
ii) Sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah
dipotong tangan dan kakinya
secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan
seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan
seterusnya.
dipotong tangan dan kakinya
secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan
seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan
seterusnya.
iii) Sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam
hendaklah dipenjara.
hendaklah dipenjara.
(f) Riddah (murtad) :
Erti : Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan
perkataan.
Hukuman : Bunuh (setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari atau 3 kali)
Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud :
"Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka tidaklah akan diterima ( agama itu ) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk di antara orang-orang yang rugi".
(al-Quran, al-Imran : 35 )
"Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati di dalam kekafiran, maka amal mereka menjadi sia-sia di dunia dan akhirat".
(al-Quran, al-Baqarah : 217 )
Sabda Rasulullah SAW :
"Tidak halal darah seorang Muslim yang telah bersaksi bahawa tiada Tuhan Yang diSembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan mengakui Aku ( Muhammad ) sebagai Rasulullah, melainkan terhadap salah satu dari tiga ( orang ) iaitu penzina yang telah berkahwin ( muhsan ), membunuh orang tanpa hak dan orang yang meninggalkan agamanya ( murtad )".
( Muslim, Sahih : hlm. 164 )
*Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya dikenakan hukuman hudud tanpa sebarang pengurangan atau pindahan kepada hukuman yang lain seperti penjara atau wang.
B. HUKUM QISAS
1. Pengertian qisas :
(a) Dan segi bahasa qisas bermaksud memotong.
(b) Dan segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas
A1-Quran dan Hadis-hadis Nabi saw. kerana kesalahan-kesalahan yang melibatkan
hak individu.
2. Jenis jenayah qisas :
-Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mencederakan mata, hidung dan telinga.
3. Hukuman terhadap kesalahan qisas :
-Mengikut hukum qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.
Maksudnya :
“Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya”
(Surah al-Maidah ayat 45)
--> Diat
Erti : Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti
qisas.
Kadar Diat :
-Kadar diat adalah dikira mengikut bilangan unta iaitu harta yang paling bernilai ketika itu.Kadar penuh diat ialah 100 ekor unta. Walau bagaimanapun, para ulama' berpendapat boleh mengantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Di antaranya ialah;
a) wang emas = 1000 dinar
b) wang perak = 10,000 - 12,000 dirham
c) lembu = 200 ekor
d) kambing = 2000 ekor
e) Persalinan = 200 persalinan lengkap
(a) Diat jenayah membunuh.
1. Pembunuhan sengaja-100 ekor unta secara terus (tanpa tangguh) yang terdiri drp :
a) 30 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)
b) 30 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
c) 40 ekor Hulqah
*Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu qishas atau diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, qishas bunuh dikenakan.
2. Pembunuhan separuh sengaja-100 ekor unta spt di atas tetapi bayaran boleh
ditangguhkan sehingga 3 tahun.
3. Pembunuhan tidak sengaja-100 ekor unta dan ditangguhkan sehingga 3 tahun yang
terdiri drp :
a) 20 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)
b) 20 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
c) 20 ekor Bintu Labun (unta betina berumur 3 tahun)
d) 20 ekor Ibnu Labun (unta berumur 3 tahun)
e) 20 ekor Bintu Mukhad (unta betina berumur 2 tahun)
*Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan Pembunuhan Tidak Sengaja adalah Diat sahaja. Qishas tidak dikenakan.
* Diat perempuan 1/2 drp diat lelaki
* Diat hamba 1/2 drp diat merdeka
*Pembunuhan Sengaja ialah membunuh dengan niat.
*Pembunuhan Separuh Sengaja ialah spt seorang memukul orang dengan tongkat atau
melempar dengan batu kelikir, tanpa disangka-sangka terus mati orang tersebut
(tanpa niat membunuhnya).
*Pembunuhan Tidak Sengaja ialah spt seorang yang tertembak rakannya yang disangkanya
binatang buruan.
### Bagi jenayah membunuh, pembunuh hanya boleh diampunkan oleh warisnya sahaja. Pemerintah tidak ada kuasa dlm pengampunan.
b. Diat jenayah mencederakan anggota
1. 100 ekor unta untuk anggota tunggal spt terputusnya lidah, hilang akal,
menyebabkan lumpuh seluruh anggota badan dan hilang keupayaan bersetubuh.
2. 50 ekor unta untuk anggota yang berpasangan, jika kedua-duanya terlibat maka
diatnya 100 unta. Ia melibatkan salah satu drp kaki atau tangan, mata dan
telinga.
3. 33 ekor unta untuk luka al-Ja'ifah (luka hingga ke dlm bhg otak)
4. 33 ekor unta untuk luka Al-Ma'muumah ( luka yang sampai ke selaput kepala)
5. 25 ekor unta untuk anggota yang 4 bahagian (pasang) spt kelopak mata. Setiap
satu kelopak mewakili 25 unta.
6. 10 ekor unta untuk luka Al-Hasyimah (luka yang memecah @ mematahkan tulang)
7. 15 ekor unta untuk luka Al-Munqilah (luka yang sampai ke tulang dan mematahkannya
sehingga tergeser dari tempatnya).
8. 10 ekor unta untuk anggota yang ada 10 bahagian spt jari tangan dan jari kiri.
Setiap satu jari jika patah mewakili 10 ekor unta.
9. 5 ekor unta untuk luka Mudhihah @ Muwadhdhohah (luka yang menampakkan tulang)
C. HUKUM TA’ZIR
1. Pengertian ta’zir.
(a) Dan segi bahasa ta’zir bererti menolak atau menghalang.
(b) Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat
kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak
ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang
dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan
keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.
2. Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategoni ta’zir :
(a) Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan
hukuman hudud atau qisas.
(b) Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.
(c) Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti
mengumpat, menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.
3. Hukuman bagi kesalahan ta’zir :
Nasihat :
-Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak
mengulangi lagi pada masa akan datang.
Teguran :
-Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau
melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan
berusaha untuk memperbaiki dirinya.
Ancaman :
-Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab
takut dikenakan hukuman.
Pemulauan :
-Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersempit sekiranya ia
berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan
orang lain dalam masyarakat.
Perisytiharan umum :
-Membuat pengisytiharan kepada umum terhadapkesalahan penjenayah. Dengannya
penjenayah berasa tertekan dan malu yang amat sangat.
Denda dan merampas harta :
-Iaitu hukuman ta ‘zir dengan denda berbentuk kewangan dan merampas harta yang
dimiliki oieh penjenayah.
Penjara :
-Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut pertimbangan realiti
semasa.
Sebat :
-Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu
mengikut reaiiti semasa.
Bunuh :
-Hukuman bunuh bagi kesalahan ta’zir dibenarkan oleh syarak bagi menjaga
keselamatan umum masyarakat.
Buang daerah :
-Hukuman ini dikenakan supaya penjenayah berasa tertekan, mengalami kesusahan dan
tersisih akibat dipisahkan dari kaum keluarga dan sahabat handai.
Matlamat Hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir
(a) Untuk melindung masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum ia berlaku.
(b) Untuk memperbaiki penjenayah dan membetulkan penyelewengan. Ini dapat dilihat daripada kesan yang ditinggalkan oleh hukuman ke atas penjenayah yang memberi pengajaran, memperbaiki dan menghalang seseorang daripada melakukan jenayah.
(c) Untuk membersih dosa penjenayah dan menyelamatkannya daripada azab akhirat.
Peranan undang-undang jenayah Islam mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat
(a) Undang-undang jenayah Islam menjatuhkan hukuman secara adil dan saksama.
Misalnya orang yang membunuh dihukum bunuh. Ini menyebabkan warisnya berpuas
hati dan hilang perasaan dendam.
(b) Hukuman jenayah Islam yang kemas dan tegas menyebabkan penjenayah dan orang
ramai takut dan gerun untuk mengulangi jenayah. Akhirnya kehidupan masyarakat
aman dan sejahtera.
(c) Hukuman jenayah Islam mengandungi unsur-unsur pendidikan kepada penjenayah dan
orang ramai. Hukuman yang dikenakan mendorong seseorang penjenayah bertaubat dan
menyesali kesalahan yang dilakukannya. Dengan ini jenayah akan berkurangan dalam
masyarakat.
So rasa-rasa korang la kan, kalau hukum hudud dijalankan kat Malaysia ni, ade tak orang nk wat MAKSIAT, MENCURI N MURTAD ??
WALLAHUALAM.
Best regards,
The fresh Blogger =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment