Saturday, 12 March 2011

Mengadu Domba (Melaga-lagakan)

Haaaaa. Topik arini best cket. De bnyk spesis2 cmni. Pantg tgk org baik cket, mula bwk mulut. De yg wat sesama kawan la, sesama jiran la. Yang paling terkejut 'tolong' laga-lagakan ADIK BERADIK. Woowww!! Terkejut?? Jgn terkejuuuttt. Mmg de spesis mcm ni. Die tak tau pintu neraka tgh tggu die. Awal2 dh 'check in' neraka. Hmmmm. Mengadukan ucapan seseorang kepada orang lain dengan tujuan melaga-lagakan adalah salah satu faktor yang menyebabkan terputusnya ikatan, serta menyalanye api kebencian dan permusuhan antara sesama manusia. Tu la yg dimaksudkan dgn MENGADU DOMBA.

Kat cni sy sertakan beberapa firman ALLAH S.W.T :

"Dan jangan kamu tunduk kepada orang yang suka sumpah yang hina, yang suka mencela orang, yang berjalan ke sana ke mari dengan mengadu domba."
(al-Qalam: 10-11)

Dan sabda Rasulullah S.A.W.:

"Tidak masuk syurga orang-orang yang suka mengadu domba." 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

"Sejelek-jelek hamba Allah iaitu orang-orang berjalan ke sana ke mari dengan mengadu domba, yang memecah-belah antara kekasih, yang suka mencari-cari cacat orang-orang yang baik." 
(Riwayat Ahmad)
 
Islam, dalam rangka memadamkan pertengkaran dan mendamaikan pertentangan, membolehkan kepada juru pendamai itu untuk merahsiakan ucapan tidak baik yang dia ketahui dari omongan seseorang tentang diri orang lain. Dan boleh juga dia menambah omongan baik yang tidak didengarnya. Seperti yang dikatakan Nabi dalam hadisnya:

"Tidak termasuk dusta orang yang mendamaikan antara dua orang, kemudian dia berkata baik atau menambah suatu ucapan baik."
Islam sangat membenci orang-orang yang suka mendengarkan ucapan jelek, kemudian cepat-cepat memindahkan ucapan itu dengan menambah-nambah untuk memperdaya atau kerana senang adanya kehancuran dan kerosakan.

So dh tau dosa2 menyampai-nyampai kan?? Renung2kan, dan slamat beramaaalllll.. 

Sumber : Ehem2..

Best regards,
The fresh Blogger =)

No comments:

Post a Comment