Wednesday, 9 March 2011

Hukum mengesat air sembahyang(wudhu') !

Ade kemusykilan sikit la. Nape air sembahyang tu dikesat?? Boleh kalau nk kesat, tp sekadar UNTUK KURANGKAN air yg ade tu ckup la. bukannye kesat smpai kering. Hhaaaiiii. Manusia2..
Cuba baca soalan n jawapan kat bawah ni.


S : Apakah hukum mengesat air sembahyang???

J : Hukum mengesat air sembahyang yang berada di anggota wuduk terbahagi kepada dua. Jika ia mengesat dengan menggunakan tuala atau kain sehingga kering, hukumnya makruh. Kedua, jika ia mengesat dengan menggunakan tangan untuk mengurangkan air pada anggota wuduk hukumnya ialah harus. 

1-membasuh tangan hingga pergelangan tangan
Ini kerana , segala yang kita lakukan untuk buat kerja, makan, minum, bawa kereta dan lain-lain menggunaan tangan, termasuk melakukan maksiat, rasuah, mencuri dan lain-lain lagi asalkan menggunakan tangan. Kebanyakan aktiviti seharian kita perlu menggunakan tangan, oleh itu sebelum solat kita perlu basuh tangan.
2- berkumur
Berkumur adalah untk memastikan keadaan mulut kita tidak berbau, selain itu adalah mungkin untuk mengigatkan kita supaya TIDAK mengumpat, memakan benda haram dan lain-lain
3-membasuh muka
Basuh muka disuruh untuk memastikan kita sentiasa segar apabila melakukan solat selain menghilang dan menyucikan minyak pada muka, bagi perempuan yang memakai alat solek, perlu di hilangkan sebelum mengadap Allah, Tuhan pencipta manusia. Kerana apa yang telah diciptakan merupakan yang terbaik untuk individu itu sendiri. Tapi memang tak salah kalu nak mekap dgn syarat, tidak berlebihan.
4-membasuh tangan hingga ke siku
Membasuh pergelangan tangan, adalah hikmahnya seperti membasuh tangan di permulaan, yang membezakan kali ini ianya dibasuh hingga ke siku, seperti yang kita ketahui dizaman sekarang baik lelaki mahu pon perempuan sekarang memakai baju yang berlengan pendek, ini mungkin untuk mengingatkan kita bagi yang perempuan untuk menutup aurat, dan yang lelaki menegur perempuan untuk menutup aurat 
5-menyapu dahi
Menyapu dahi adalah untu memastikan kesegaran dibahagian kepala, dan kemungkinan mengigati kita atau melarang kita dari berfikir akan sesuatu yang sia-sia
6-menyapu telinga
Dengan menyapu telinga, ia akan membuat individu itu akan berasa lebih segar. Teling adalah symbol untuk menyuruh kita untuk mendengar laungan azan dan perkara- perkara yang baik, serta mengelak dari mendengar benda-benda yang tidak membawa kebaikan serta dosa…
7-membasuh kaki
Kaki adalah anggota yang selalu digunakan. Simbolik sengan membasuh kaki adalah untuk mengelakkan kita dari pergi ke tempat-tempat yang tidak berfaedah atau pon maksiat serta melakukan sesuatu yang di larang oleh Allah.
Dari serba sikit apa yang saya huraikan…
Kita dapat lihat , dengan mengambil wuduk sahaja Allah telah ingatkan kita supaya menjauhi larangannya , inikan pula lagi sembahyang…




Sumber : Ehem2..

Best regards,
The fresh Blogger =)

No comments:

Post a Comment