Friday, 25 March 2011
Malaysia akan dilanda BALA lebih teruk daripada JEPUN !
Sejak 13 tahun ini Negara Islam a.k.a Malaysia ditimpa satu jenis bentuk BALA yang lebih dasyat dari Tsunami iaitu BALA FITNAH. BALA FITNAH ini terus menimpa rakyat Malaysia khususnya UMAT ISLAM. Bala atau gejala buruk ini membuatkan umat Islam Melayu DIPANDANG RENDAH OLEH KAUM LAIN kerana orang Melayu suka menabur fitnah dan mengaibkan orang. Bala Fitnah ini semakin hebat melanda untuk masa sekarang ini dan seterusnya.
Yang fitnah jadi benar dan yang benar jadi Fitnah dan yang zalim dan rendah akhlak dipuja dan disanjung tinggi.
ini telah diangkat dan dibudayakan oleh parti politik yang mendakwa memperjuangkan Melayu dan Islam. Jika sesiapa sahaja yang menentang atau bertentangan pendapat dari segi agama mahupun politik maka individu tersebut adalah halal untuk difitnah dan diabkan tanpa belas. Mereka masih menganggap budaya tersebut salah satu bentuk perjuangan walaupun perbuatan tersebut berdosa besar dan amat
Allah berfirman bermaksud: "Mahukah Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa, yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh syaitan-syaitan itu) sedangkan kebanyakan beritanya adalah dusta."
(Surah asy-Syuaraa' ayat 221-223)
Malangnya ia terus didukung oleh sejumlah Melayu Islam walaupun perjuangan parti semakin banyak yang sebenar. Malah budaya menghalalkan cara dalam menghalang musuh politik semakin galak dibudayakan. Para ilmuan Islam yang berada dalam parti ataupun kerajaan hanya membisu dengan apa yang sedang menimpa negara Malaysia yang tercinta ini. Budaya menfitnah dan mengaibkan orang diberi lampu hijau dalam menewaskan pihak lawan. Fitnah terus disajikan kepada keseluruhan rakyat Malaysia khususnya orang Melayu yang begitu tepat dilanda bala Fitnah ini.
Orang Melayu Islam terus bergelumang dalam fitnah dan kepalsuan cerita mengenai salah laku SEKS dan MORAL. Orang Melayu terus hidup dalam keadaan yang keliru apabila bergelumbang dengan dan bergelut dengan fitnah yang bertali arus.Akibat bala fitnah ini orang Melayu ditimpa penyakit yang dianggap bala juga iaitu perpecahan sesama Islam dan bangsa.Orang Melayu kini begitu galak menghina,mengeji dan menfitnah sesama mereka.
Mereka menjadi penyampai fitnah bermula dari keluarga hinggalah kepada masyarakat seluruh negara. Akhirnya bagi yang mudah percaya dan terpedaya amatlah malang kerana mereka melakukan dosa yang amat besar dalam keadaan tidak sedar hanya kerana setia terhadap parti dan terpaksa berpaling dengan larangan keras agama terhadap FITNAH. Begitu dasyat sekali bala yang sedang menimpa khusus umat Melayu Islam sekarang. Ia sedang menghampiri saat kehancuran.
Bagi mereka yang menjadi punca dan pencipta fitnah puaslah dengan apa yang dilakukan demi kerakusan kuasa dan kekayaan. Namun jangan dilupai bahawa JANJI ALLAH SWT itu BENAR. Tidak dibalas di dunia pastinya akan dibalas lebih dasyat diakhirat kelak. Sekarang ini para pencipta fitnah berasa bongkak dengan apa yang mereka ada namun kuasa Allah SWT amatlah jauh lebih hebat dari segalanya.Hari ini para pencipta fitnah berjaya menganiaya saudara mereka sendiri dalam menjerusmus ke lembah bala fitnah yang begitu keji sekali.
Kepada para Ilmuan Islam di Malaysia yang ilmu agamanya setinggi langit sia-sia sahaja dan berdosa besar kerana membiarkan sahaja bala fitnah ini menguasai segenap pelusuk negara dan masyarakat. Mungkin benar di akhir zaman nanti ada golongan ulama yang menjadi perosak dan pemusnah kepada umat Islam.Jika hari ini kita bercakap soal bala Tsunami di Jepun maka tunggulah bala yang jauh lebih hebat akan melanda Negara Malaysia ini. Apabila fitnah berleluasa dan masyarakat hidup dalam keadaan yang berdosa maka tunggu sahaja Allah SWT berbicara melalui bahasanya. Adalah jelas bahawa peringatan Allah SWT dan Rasulullah SAW akan akibat bala Fitnah ini. NAUZUBILLAHIMINZALIK .
P/S : Kepada yg suka sgt menabur fitnah, tak takut ke dgn balasan ALLAH??? Nk tau HUKUM MENABUR FITNAH? Ehem2 kat cni. Still tak rasa pape? Maybe badan tu cukup kebal kot untuk terima balasan drpd ALLAH SWT. Dah booking siap2 la tu pintu neraka mana nk masuk. Adooiii . Wat malu je kat kaum lain. Kaum yg sama saling mengaibkan sesama sendiri. Semoga 'MANUSIA2' yg suka menfitnah ni kembalilah ke jalan ALLAH SWT. Janji ALLAH SWT tu benar. Tggu la balasan drpd DIA YG MAHA KUASA.
Sumber : Ehem2..
Best regards,
The fresh Blogger =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment