Tuesday 19 April 2011

Budak SEKOLAH lagi....

Remaja Mengadu Sakit Perut Rupa-rupanya Mengandung..

KUANTAN: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah dekat Kuala Lipis di sini, yang membuat pemeriksaan di hospital selepas mengadu mengalami sakit perut terkejut apabila dia disahkan mengandung, kelmarin.

Tindakan mangsa berusia 15 tahun yang cuba menyembunyikan rahsia menjadi mangsa rogol teman lelakinya daripada pengetahuan keluarga akhirnya terbongkar selepas pemeriksaan yang dilakukan di Hospital Kuala Lipis (HKL), jam 2 petang kelmarin.

Berikutan keadaan anaknya itu, ibu mangsa berusia 40 tahun yang terkejut dengan hasil pemeriksaan berkenaan bertindak membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis, kira-kira jam 5 petang.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan yang mengesahkan menerima laporan berkenaan, berkata mangsa sering mengadu kepada ibunya mengenai kesakitan luar biasa yang dialaminya di bahagian perut menyebabkan wanita terbabit berasa curiga dan kemudian membawa anaknya ke HKL untuk menjalani rawatan.

"Bagaimanapun, doktor kemudian mengesahkan mangsa hamil sebelum pelajar terbabit mendedahkan dia dirogol teman lelakinya di sebuah taman perumahan di Kuala Lipis awal Februari lalu," katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini, semalam.

Abdul Razak berkata, susulan laporan terbabit, gerakan memburu suspek yang berusia lingkungan 20-an dijalankan sebaik memperoleh gambarnya yang diberikan mangsa. "Suspek berjaya ditahan awal pagi semalam sebelum dibawa ke IPD Lipis untuk membantu siasatan lanjut.

"Siasatan awal mendapati, mangsa dikatakan berkenalan dengan suspek sejak kira-kira lima bulan lalu dan sering keluar bersama sebelum kejadian rogol terbabit berlaku," katanya. Beliau berkata, suspek kini direman seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol. 



P/S : Budak sekolah lagi. Bagi kaum lelaki, korang rasa adil tak bagi korang bila berlaku mcm ni, korang je yang didakwa?? Atas tuduhan MEROGOL plak tu. Pe cite ni. Yang pmpuan tu rela, tapi laki yang kena. Biasa laaaaaaaa. Undang2 manusia kaaaannnn. Selagi hukum hudud tak dijalankan, ni la yang akan kita baca ari2. Kalau jadi mcm ni, nk salahkan siapa?? Sama jugak mcm entry saya yang ni>>Ehem2.. So pikir2kan la. Patut ke aja bab SEKS di awal usia..

Sumber : Ehem2..

Best regards,
The fresh Blogger =) 








No comments:

Post a Comment